Ahad, 24 Februari 2013

Wangian Minyak Kasturi ~ Nur023 ~

Price : RM20.00 / 3ML


Description...

Adakah anda masih belum ketemui haruman yang mana bila dipakai anda mendapat kebaikan di dunia dan akhirat?Dengan hanya 1 jenis haruman ini hidup anda pasti berubah.Haruman yang disukai oleh para malaikat-malaikat juga para alim ulama dari dahulu hingga sekarang.

Haruman Pati Minyak Wangi Kasturi Kijang Putih.Amat sesuai digunakan untuk membersih dan memulihkan aura diri demi kesihatan mental, fizikal, emosi, rohani dan jasmani yang lebih baik Insya'Allah..

Diriwayatka oleh al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W maksudnya,
"Empat perkara daripada sunnah Rasul-Rasul iaitu: malu, berwangi-wangian, iwak dan nikah"(Hadis Hassan)
Kasturi minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.

Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,
"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,
"Katanya.."Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
"Sesiapa yang dipelawa wangian, janganlah dia menolaknya."
(Hadis Riwayat Muslim)
Memakai bau-bauan yang harum dan wangi merupakan sunnah Rasulullah S.A.W serta mendapat pahala daripadanya.



Sejarah kewujudannya:

KASTURI ASLI yang dihasilkan dari sejenis haiwan iaitu KIJANG PUTIH, Kasturi
ini terhasil dari badan haiwan tersebut seperti bunjut yang berbulu Kijang
Putih. Sepertimana diceritakan dalam Kitab-kitab Fiqh, kasturi ini mempunyai banyak khasiat selain digunakan untuk wangian kegemaran antaranya, insyallah boleh mengelakkan dari terkena angin ahmar (Bieznillah), lelah dan banyak lagi, boleh dibawa solat, tidak bernajis.

KASTURI ASLI dihasilkan dari 4 warna dan 4 wangian yang berbeza citarasa. iaitu Kasturi Kijang (warna hitam kehijauan), Kasturi Mesir (warna merah), Kasturi Asli (warna kuning) dan Kasturi Putih (White Musk).


Diantara Khasiat Wangian Minyak Kasturi :

1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim).
2) Ketenangan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan
sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Sumber: Madrasah Darul Atiq. Indonesia.

Disertakan penggunaan serta pengolahannya.



 Wangian Kasturi

Sabda nabi S.A.W:"belajarlah al-quran serta bacalah kerana perumpamaan al-quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksankannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."(Riwayat at-Tarmizi)




Antara Minyak Wangian Kasturi  




Price : RM20.00
Minyak Wangian Kasturi
Code : Nur024
Hitam

Minimum harga pati di pasaran antarabangsa 3ml RM20, 4ml RM30, 5/6ml RM40, 12ml RM60.







 
Price : RM20.00
Minyak Wangian Kasturi
Code : Nur25
Putih (Surati Mekah)

Minimum harga pati di pasaran antarabangsa 3ml RM30, 4ml RM40, 5/6ml RM50, 12ml RM90.







 
SOLD OUT
Price : RM30.00
Minyak Wangian Kasturi
Code : Nur026
Susu

Minimum harga pati di pasaran antarabangsa 3ml RM30, 4ml RM40, 5/6ml RM50, 12ml RM90






 
Price: RM20.00
Minyak Wangian Kasturi
Code : Nur027
Merah (Surati Mekah)

Minimum harga pati di pasaran antarabangsa 3ml RM30, 4ml RM40, 5/6ml RM50, 12ml RM90.








Price : RM20.00
Minyak Wangian Kasturi
Code : Nur028
Kuning (Surati Mekah)

Minimum harga pati di pasaran antarabangsa 3ml RM20, 4ml RM30, 5/6ml RM40, 12ml RM60.






Masa yang disunatkan memakai wangi-wangian : 

  • Solat
  • Membaca Al Quran
  • Pergi ke Masjid
  • Bersama suami isteri
  • Pada hari Jumaat
  • Menuntut Ilmu   


Penggunaan Minyak Wangi Dalam Rawatan

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!.



Untuk pertanyaan atau membuat tempahan, sila KLIK DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

www.e-referrer.com